Terma, privasi & bayaran balik
Dikemas kini 24 November 2026. Soalan: .
Terma & syarat
- Pembelian memberi lesen untuk menggunakan aplikasi yang dibeli, bukan pemilikan kandungan.
- Lesen didaftarkan pada satu e-mel (yang diberikan semasa membeli) dan boleh digunakan oleh sehingga 3 anak dalam keluarga yang sama.
- Akses diaktifkan selepas bayaran disahkan secara manual oleh SkorPlus.
- Lesen tidak boleh dikongsi, dijual semula atau diberikan kepada keluarga lain. SkorPlus boleh membatalkan lesen yang disalah guna.
- Tempoh akses: .
- Kandungan disediakan untuk membantu anak berlatih. SkorPlus tidak menjamin keputusan ujian atau saringan.
- Kandungan, soalan dan reka bentuk aplikasi ialah hak cipta SkorPlus dan tidak boleh disalin atau diedarkan.
Privasi
Kami kumpul nama, e-mel, nombor WhatsApp dan resit bayaran anda untuk mengesahkan pesanan, mendaftarkan lesen dan menghubungi anda tentang pesanan itu sahaja. Maklumat ini disimpan dalam Google Firebase dan hanya boleh dilihat oleh admin SkorPlus. Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat anda dengan pihak lain.
Kemajuan anak (bintang, pelekat, laporan) disimpan dalam peranti yang digunakan, bukan di pelayan kami. Untuk memadam data pesanan anda, e-mel kami.
Bayaran balik
Jika bayaran dibuat lebih daripada sekali, atau akses tidak dapat diaktifkan, e-mel kami dengan nombor pesanan dan resit. Setiap permohonan bayaran balik disemak satu persatu dan dimaklumkan melalui e-mel atau WhatsApp.
Skor