BaharuPakej Cuti Sekolah · Sedia 2027

Anak masuk Tahun 1 tahun depan? Biar dia sedia dari rumah.

Dengar · Baca · Tulis · Kira

6 aplikasi latihan Tahun 1 dengan suara pada setiap perkataan — anak yang belum lancar membaca pun boleh belajar sendiri.

5 subjek teras Tahun 1 Satu lesen, 3 anak Laporan untuk ibu bapa
Skrin sebenar app Sedia 2027: soalan cantum suku kata pe + la + ngi dengan empat pilihan jawapan
Cara ia berfungsi

Beli sekali, anak terus belajar.

01

Pilih pakej

Ikut tahun anak pada 2027. Satu subjek atau pakej penuh.

02

Bayar dengan DuitNow QR

Imbas dengan aplikasi bank atau e-dompet, kemudian muat naik resit.

03

Log masuk & mula

Akses diaktifkan selepas bayaran disahkan. Log masuk dengan e-mel yang anda daftarkan semasa membeli — Gmail atau e-mel lain.

Kenapa bersedia sekarang

Dalam 3 bulan pertama, cikgu akan saring penguasaan 3M anak.

Membaca, Menulis, Mengira. Sedia 2027 bantu anak bersedia awal dari rumah — sedikit setiap hari, sepanjang cuti sekolah.

Dengar

Setiap perkataan dan soalan ada suara. Anak yang belum lancar membaca pun boleh belajar.

Baca

Abjad, suku kata, petikan pendek, phonics dan huruf hijaiyah.

Tulis

Tulis terus atas pad skrin, ikut contoh.

Kira

Matematik ikut KP2027, dengan terjemahan DLP English.

5 subjek terasBM, Matematik, English, Alam dan Manusia, Pendidikan Islam. Bahasa Arab sebagai tambahan.
Pelekat & bintangAnak seronok berlatih dan nak sambung lagi.
Laporan prestasiTahu terus topik mana anak kuat dan mana perlu latihan.
Satu lesen, 3 anakAdik-beradik boleh guna akaun yang sama.

BM, Matematik, English dan Alam dan Manusia disusun ikut Kurikulum Persekolahan 2027. Pendidikan Islam dan Bahasa Arab disusun ikut DSKP KSSR.

Promo pelancaran

Pakej lengkap Sedia 2027: RM34.90 RM49.90

5 subjek teras, laporan prestasi, dan satu lesen untuk 3 anak. Tambah Bahasa Arab +RM9.90.

Atau beli satu subjek sahaja, RM14.90 setiap satu — lihat pilihan.

Promo sehingga .

Dapatkan promo Lihat isi pakej

Soalan lazim

Ada soalan lain? E-mel kami di admin@skorplus.com.my.

Bagaimana saya terima akses selepas bayar?

Selepas resit disahkan, lesen didaftarkan pada e-mel yang anda berikan semasa membeli (Gmail atau e-mel lain). Buka skorplus.com.my/sedia2027 dan log masuk dengan e-mel itu.

Berapa lama akses saya?

Akses .

Boleh guna untuk berapa orang anak?

Satu lesen boleh digunakan untuk 3 anak. Setiap anak ada profil, bintang dan pelekat sendiri.

Kaedah bayaran apa yang diterima?

DuitNow QR — imbas dengan mana-mana aplikasi bank atau e-dompet yang menyokong DuitNow.